Thursday, February 17, 2011

gastrik oo gastrik



gastrik telah kembali menyerang..huhuhu sangat sakit
nak jalan pun payah
baru sekali tak makan nasi.
kalau berlapar 2,3 hari tak taulah mcm mane
macam manelah idup aku tanpa nasi
kalaulah ak dicampak ke france, london ataupun....somalia
conform x blh hidup
baru plan nak settle kat france, cari jodoh kat sane..hahaha
kene tukar plan la alamatnye
...................................................................................................................
sebelum nie tak terlintas pun nak cari kat internet pasal gastrik nie.. tgh2 sakit nie try search jap.
utk panduan bersama..

Tanda-tanda penyakit gastrik
  • sakit perut yang teramat sangat(atas perut atau abdomen)
  • rasa senak berangin atau pedih
  • hilang selera makan
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi
  • .Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu
  3. . Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  4. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  5. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, air limau
  6. jangan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas.
  8. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  9. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi setiap hari sehingga benar-benar sembuh..

p/s :petua orang2 tua dahulu kalau sakit perut sangat ambil sehelai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit dan ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tumbukkan ketiga-tiga bahan tadi sampai lumat pastu gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.insyaAllah berkesan...

Monday, February 14, 2011


Sesungguhnya, telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu, (iaitu) orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah (dalam masa susah dan senang).

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam ayat 21 surah Al Ahzab di atas memperjelas bahawa Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam adalah contoh manusia terbaik untuk menjadi ikutan bagi seluruh kaum manusia.

Kita tak mencontohi keseluruhan hidup Nabi Isa ‘Alaihissalam, namun hanya boleh mencontohinya sebagai pemuda yang menjalani kehidupan di dunia dengan penuh zuhud. tetapi boleh tak kita mencontohinya sebagai sebagai orang yang telah berkahwin? semestinya tak sebab Nabi Isa tidak bernikah .

Kita tak mencontohi kehidupan Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam. Kita hanya mampu mencontohinya sebagai seorang hakim yang kaya-raya lagi bersyukur serta jujur. tapi boleh kita mencontohinya sebagai seorang yang sabar dengan kemiskinan? semestilah tak,sebab baginda seorang yang kaya -raya.

Tetapi siapa yang kaya, miskin, kuat dan lemah? Siapa yang menjadi hakim dan didakwa? Siapa yang menjadi ayah dan datuk? Siapa yang bujang dan telah berkahwin punyai isteri serta anak? Dialah Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam .

Kita dapat mengetahui segalanya dari Nabi Muhammad Sallalllahu’alaihi wa sallam sebab kesemua pakej lengkap perjalanan seorang manusia dan seorang pejuang kebenaran ada pada Muhammad bin Abdullah yang satu ini.



Kalau kecintaan pada nabi itu diukur pada majlis sambutannya, maka abu lahab lah yang paling layak di kira pemenang.
Serlahlah kecintaan pada manusia agung ini pada setiap masa, fahami asas perjuanganya dan serlahkan amalan sunnahnya.Barulah benar kita mencintainya. Moga di syurga kita bersamanya. Amin



Friday, February 11, 2011

Bunga ros merah



Rase macam fikiran bercelaru sangat..
lagi2 time nie tgh blaja pasal otak, semakin bercelaru fikiranku jadikanye
sebenarnya aku nakkan jawapan
sama ada layakkah aku memakai stetoskop nie dalam mase 3 tahun nanti
entah tiba2 aku rase aku tersalah langkah
kalau la diputarkan balik mase nie comform aku takkan ambik medik
dan ini pertama kali aku rasa decision yang aku buat nie salah..
aku rase capek dengan 2 bulan lagi nak pro examnye..
tapi time2 aku mengalami kecelaruan nielah ade yang nak memuji..
contohnye
" aini kamu nie bes student.
dari muka awak dah tahu awak nak membantu orang."
kata2 daripada prof zab a.k.a. mentor yang disayangi..
kembang aku jadinye walaupun bukan bes student sebab result pun porak peranda..
yelah ade orang puji.

respons bile dengar ayat nie.
Beginilah ak tersnyum


aku senyum tersipu-sipu malu..balik bilik terus tengok cermin betul ke boleh nampak dari air muka aku nie mcm nak tolong orang..tapi malangnye aku tak nampak ape-ape..
tapi betullah tu niat untuk tolong orang tu dah ade....

terima kasih kepada ayah dan emak yang memberi sokongan dan nasihat di saat aku memerlukan..saya sayang emak dan ayah..tetiba rase nak balik rumah..huhuhu..

kesimpulanye modul cns nie sangat susah..membuatkan aku terfikir bukan-bukan..

Sgt suka bunga ros merah nie. Hati jadi tenang je bile tengok.