Monday, December 6, 2010

HIJRAH 1432


Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Tuesday, November 30, 2010

MARI BELAJAR

Bosan tak tahu nak buat ape. time kepala tengah pusing-pusing sebab baru lepas exam and nervous tunggu result. jom layan translation bahasa jepun nie...

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

06. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

07. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

08. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

Monday, November 29, 2010

Sungai dalam Laut??

Ada sungai dalam laut?
Rasanya ramai yang tahu air sungai dan laut takkan bercampurkan?


Oh,agak formal soalan itu ya..
Memang dorang takkan bercampur..
Kita tahu sebab bukti gambar macamni,di PERMUKAAN..





Tapi apa kata kita tengok apa ada kat dalam laut pulak..
Ready semua??
Tarik nafas dalam-dalam sebab dalam kita nak dive ni..
Blupblupblup(bernafas dalam air)













Mungkin gambar ni belum menceritakan semuanya..
Meh aku cerita..




Ceritanya macam ni..




Ada seorang expert scuba oceanografer bernama Mr. Jacques Yves Costeau dari Perancis ni,dia dive boleh cakap entire lifelah..
Dan dia jugak banyak buat documentary film pasal ocean ni..




Satu hari,dia tengah dive dekat Cenote Angelita, Mexico.
Tiba-tiba dia terjumpa fresh water yang terpisah daripada air laut macam ada filter yang memisahkan dorang pada kedalaman 30 meter..




Dia pun dive lagi sampai kedalaman 60 meter,air bertukar masin balik dan di situlah dia jumpa sungai dalam laut yang siap ada pokok-pokok berdaun lagi..
Bukan rumpai laut ok,rujuk gambar di atas..




Dia ingat dia tengah berhalusinasi..
Tapi dia tetap berikhtiar jugak untuk mencari jawapan lepas tu..


Sehinggalah satu hari dia berjumpa dengan seorang professor muslim dan prof tu pun membacakan ayat-ayat Al-Quran berkaitan fenomena sungai dalam laut tu tadi..




Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu,
Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing
SURAH AR-RAHMAN,AYAT 19-20




Ayat ni selalunya orang merujuk kepada Terusan Suez dan Terusan Panama.
Atau di muara sungai..




Namun sambungan SURAH AR-RAHMAN,AYAT 22 pulak menyebut:




Dari keduanya keluar mutiara dan marjan




Tapi,dekat muara sungai,manada mutiara kan:)??



SUBHANALLAH:)




Dan Alhamdulillah,Mr. Jacques Yves Costeau telah mengucap dua kalimah syahadah setelah melihat kebenaran Al-Quran:)




Nilah wajah hensem saudara baru kita:)




Ops salah,yang ni bukan ye>.<

Haa,nilah dia Mr Costeau tu:)..Ololo,comelnya dia gelak>.<



Sunday, November 14, 2010

ME RIGHT NOW

me=banyak notes x bace lagi+stress+nervous=MADNESS

Antara sign n symptoms:
  • makan 3 hingga 4 kali sehari.(BUT BERAT BDN STILL MANTAIN )
  • tido x lena, mandi x basah.
  • time tido pun mimpi sal notes banyak yang x baca lagi..(SCARY TOL)
  • screw kepala dah tercabut..(KENE KELUAR DUIT BELI SCREW DRIVER)
  • monolog luaran bende merapu- rapu
  • ntah ape2 lagi

p/s: jangan masuk meminang time nie. ok..nanti menyesal x sudah
sekian

Thursday, November 11, 2010

Senyum@smilez

aku
Senyum di kala gembira
kerana itulah sebaik
utusan menggambarkan keriangan di hati
dan aku
sebaik mungkin
Senyum di kala berduka
kerana ia menggambarkan
kerelaan hati ini
menempuh ujian


p/s: senyumanmu manis...




Sunday, November 7, 2010


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Friday, October 15, 2010

i luv u



Berzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar
doa kita di.. makbulkan
Agar ,
Palestina kita genggam semula
Agar
Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air




u
are always
in my eye
in my heart
in my mind,...
i luv palestine........

Thursday, October 14, 2010

Rama-Rama




Ingin aku terbang
Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halang
Bersuka ria

Terbang kesana
Terbang kesini
Melihat panorama
Yang penuh warna warni
Hinggap di atas bunga
Dengan aksi lincah


Tapi ,
Apakan daya
Aku
Hanyalah manusia biasa
yang tidak ada sayap..


Friday, October 8, 2010


tak sihat badan,
suhu badan menaik
rasa sakit kepala
asyik terlantar atas katil
tak mampu ku untuk bangun
empat biji ubat panadol ditelan
namun
x nampak apa apa perubahan
Ya Allah berilah ak kekuatan.


DEMAM???


Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis
kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.


Tuesday, October 5, 2010

kENAPAKAH??



bacalah ye.. dan ambik ikhtibar




KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12



kura-kura rambut punk..
Hehe perlukah?

Friday, October 1, 2010

Suara Hati

Pernah ku pujuk diri,
Disebalik derita ini,




Pasti ada hikmahnya menanti,
Namun apa yang ku dapati,
Hanya derita demi derita
Yang terus-terusan menimpa,
Entah bila ada penghujungnya,




Apakah ini rahmat penhapus dosa?
Atau bala yang bertimpa- timpa?
Oh tuhan, berikan aku jawapannya.

Saturday, September 4, 2010

Mimpi Si Gadis


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua bendaitu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan

kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka- muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga
nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebuta dalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepadaibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH" oleh tiu banyakkanlah bersedekekah dan jangan jadi kedekut sangat ek....harta dan duit kite tu tak blh nak bawak kemana melainkan amal dan ibadah kite sahaja yang akan menemani kite sehingga ke akhirat kelak..

Friday, July 30, 2010

Harapanku

kenapakah kamu masih tak faham
kata kata yang ingin aku sampaikan
kerana semuanya ade maksudnye tersendiri
seperti air laut yang masin
dan bukan berasa tawar.

kenapakah kamu selalu salah anggap
padahal aku cakap untuk kebaikan mu jua
kebaikan untuk mase depan
supaya hdup seperti bunga-bunga yang segar
dan bukanya layu seperti tidak dijaga dan dibelai.

biarlah keputusan yang dibuat kini berkekalan
sehingga dua jalan yang lurus bertemu
ianya adalah satu
saat yang dinantikan oleh dua orang pemandu
untuk bertemu dan menuju ke satu tempat yang cantik
dan dinanti- nantikan
sekian..

cantik




















Monday, June 21, 2010

susah senang si kidal

Apa itu kidal?

Kidal ialah apabila seseorang itu cenderung menggunakan tangan kiri berbanding tangan.Apa menyebabkan seseorang itu lebih cenderung menggunakan tangan kanan atau kiri? Kecenderungan penggunaan tangan ditentukan oleh otak. orang kidal lebih dominan kepada otak kanan.

Bagi yang tak tahu, otak kita berfungsi secara songsang yang mana jika kita dominan pada otak kiri, maka kita cenderung menggunakan tangan kanan. Tapi jika kita
dominan kepada otak kanan, kita akan cenderung menggunakan tangan kiri.


Info yang semua orang harus tahu,Secara purata 85 peratus penduduk dunia adalah individu kanan dan hanya 15 peratus kidal termasuklah aku.macam unik kan. Kajian mendapati lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan..


Kidal bukan disebabkan keturunan walaupun ada kajian mengatakan ia ada kaitan dengan genetik. Biasanya dalam sesebuah keluarga hanya ada seorang yang kidal. tapi lain pulak ngan aku adek aku pun kidal jugak


Kepercayaan Cina kuno mentafsirkan kiri sebagai tidak baik, tidak sopan atau tidak boleh diterima langsung. Di kalangan penduduk Norway, hasil kerja individu kidal dikelaskan sebagai ‘kerja yang tidak sempurna’ dan perkataan ‘keivhendt’ atau kiri membawa maksud salah tangan.


Pada kebanyakan bahasa di Eropah, perkataan ‘kanan’ bukan saja bermakna ‘betul’ tetapi ia juga menandakan kecantikan, keadilan dan kekuasaan.


Malah mengikut sejarah, individu kanan dianggap mahir manakala individu kidal pula dilabel sebagai kelam kabut. Perkataan Latin ‘sinestra’ yang asalnya bermakna kiri juga membawa maksud ‘jahat dan tidak bernasib baik’.


susahnya jadi si kidal ni

Time kecik- kecik dulu, tangan memang selalu kene diketuk dengan cikgu kerana bukan saja kertas, malah tangan juga menjadi comot kerana apabila menulis, tangan terkena pada tulisan.

Malah, pandangan terhadap apa yang ditulis juga terhalang oleh tangan. Masalah ini tidak dihadapi individu kanan kerana kita menulis dari kiri ke kanan dan tangan tidak terkena pada tulisan.masa tulis pulak tangan tu Pelik sikit sebab bila menulis tangan mesti senget lain macam. . Hehe.. Nak senang tengok je gambar kat bawah ni.




Time makan. Kalau makan pakai tangan sah-sah la akan pakai tangan kanan. Tapi bila part makan guna sudu tu yang kadang-kadang payah sikit. Macam orang cacat je aku pengang sudu guna tangan kanan. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)


Terpaksa menggunakan alat-alat yang dicipta untuk orang-orang yang normal sahaja Kadangkala kena terbalikkan cara penggunaan, baru boleh guna, itu pun dengan kelajuan yang sangat perlahan..contohnya betapa payah nya nak mengupas kulit kentang guna alat pengupas kulit itu? Dah berapa kali kene kupas tangan sendiri bila guna benda tu.


Tengok pin tudung lawa-lawa berjurai-jurai memang aku suka. Tapi time nak pakai ya ampun punyalah susah, terkial-kial. Sebab pe? Sebab kalau aku pakai, yang berjurai tu akan jadi ke atas. Pasal pe? . Yang pasti, aku pakai pin guna tangan kiri, cucuk dari sebelah kiri, jadi benda tu akan jadi terbalik. Tak caya? Try la. Nak bagi kedudukan dia betul boleh je, guna tangan kanan,tapi agak payah la bagi aku yang kidal ni..hehe.. Kesian kan..


Seterusnya, penggunaan meja berserta kerusi di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, terpaksalah penulis mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal penulis dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.






Mengapa individu kidal sering dilabel sebagai kelam kabut? Mungkin ramai tidak sedar, mereka sebenarnya menghadapi masalah menggunakan peralatan yang sememangnya direka untuk kegunaan tangan kanan contohnya semasa
  • Menggunakan pengasah pensil (kerana kedudukan mata pisau)
  • Membuka pintu khususnya jika tombol pintu berbentuk tangkai
  • Menggunakan alat pembuka tin dan botol
  • Menggunakan pembaris
  • Garpu yang ada mata pisau (garpu kecil biasanya digunakan untuk sajian manisan)

Memang ada banyak masalah lain, tetapi kami belajar untuk lebih banyak menggunakan tangan kanan dan peralatan yang kebanyakannya direka bagi kegunaan individu kanan.

Walaupun menghadapi beberapa masalah, individu kidal sebenarnya ada kelebihan apabila mereka terpaksa menggunakan tangan dalam banyak pekerjaan seharian. Malah, secara umumnya individu kidal ada kemahiran dan kecenderungan lebih tinggi dalam seni dan bahasa.


SATU lagi, si kidal kalau ditugaskan menyiang ikan, sememangnya pembersih. Tak percaya?? selalunya penulis akan memegang ikan dengan tangan kanan dan pisau di tangan kiri. Kira pembersih laa tuh sebab memegang makanan dengan tangan kanan. Hehehe!!!

Menariknya, si kidal diraikan di seluruh dunia setiap tahun pada tanggal 13 Ogos. tak payah ikut barat ni punnye.

Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:

· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:

· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Adaptability:
.Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza.
. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya

Peperangan

· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

-Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

-Saidina Umar Al-Khattab

-Julius Caesar,

-Alexander the Great,

-Leonardo Da Vinci
Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan tulisannya





Saturday, June 12, 2010

Pesan Opah



Betul maksud bidalan orang-orang tua..

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa..

Teringat pesan opah,
pesannya pada kami anak-anaknya,
menganga dulu sebelum berkata-kata,
Rasionalnya cuba anda nganga dulu sebelum bercakap,
Anda akan terasa ada gerakan dari kiri dan kanan kepala,
Iaitu berhampiran dengan cuping telinga,
Secara automatiknya otak akan digerakkan untuk berfikir,
Oleh itu,
BERFIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP~

Tambah pesan opah lagi,
Mulut kamu harimau kamu,
Maksudnya setiap kata-kata yang keluar dari mulut anda,
akan digunakan kembali oleh musuh-musuh anda,
untuk membinasakan anda kembali~

Pesan opah pula,
Jangan tinggalkan solat 5 waktu dengan sengaja,
Hanya orang-orang yang sujud sahaja,
mendapat bekalan darah yang mencukupi,
untuk masuk ke dalam otaknya~

Oleh itu hati-hati dalam berkata-kata,
gunakan otak serta nikmat akal fikiran dengan sebaiknya,
InsyaAllah akan menjadi insan yang lebih berakhlak mulia~

p/s: Akal membezakan manusia dengan haiwan ;)

Friday, June 11, 2010

BULAN REJAB BULAN ALLAH



Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.

Masyarakat Jahiliyah - memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Rasulullah SAW- mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab
kita- memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)

Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Akibat daripada itu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

TUJUAN
  • untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri
  • mencari tapak baru untuk Islam bertapak
  • menyusun langkah untuk agenda seterusnya.



2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut. WALLAHU ALAM.


3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam.

Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Amalan








Wednesday, June 9, 2010

PETUA -PETUA MODEN

Di sini ade beberapa petua yang boleh diamalkan. lebih afdal jika amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan
selamat mencuba. hehehe

1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2. Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat Yg Kendur Tu..

3. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

4. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...

5. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

6. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya....

7. Mengempiskan Perut - Jgn Makan Jgn Minum...

8. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo. ..

10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket

12. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir

13. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..

14. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

15. Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok..

SEMOGA BERJAYA.

Tuesday, June 8, 2010

Demimu Wahai Palestin

Khaibar Khaibar Ya Yahudi!
Tentera Muhammad Telah Kembali

Dengan Nyawa!
Dengan Darah!
Kami akan bebaskan kamu ,bumi yang suci,
Wahai Gazzah!

Wahai Yahudi laknatullah,

Kami mungkin berselisih dalam medan cara,
Kami mungkin berselisih dalam gerak kerja,

Tapi..

Kami tetap bersatu dalam medan Jihad,
Bersatu dalam hal akidah dan Ummah.

Kami berjanji akan mempertahankan bumi Gaza, walau dengan apa cara sekalipun. Kami hanya memilih satu antara dua. Samada Allah memenangkan kami dengan kemenangan yang nyata atau kami syahid kerananya.

Akan Kami buktikan!.Ingat, kami mempunyai lebih ramai lagi pemuda yang sedia berjihad.




Ingat wahai Yahudi!



Ingat wahai Zionis!


Ingat wahai Israel!



Ingat wahai Amerika!



Kamu telah tewas di Khaibar!

kisah selembar bulu mata

Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"
Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "
Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"
Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba
mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh
telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"
Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijunamkan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari
selembar bulu matanya "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"
Silakan" kata malaikat.

"
Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan"

Dengan kesaksia
n selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."


p/s: Dengan setitis air mata penyesalan & taubat dapat menghapuskan segala dosa dalam diri seseorang tersebut, tetapi adakah manusia tahu apa itu erti penyesalan? fikirkanlah.. ;)

Monday, June 7, 2010

Resepi: Matahari goreng

Bagaimana cara
mencipta matahari. marilah kita sama- sama melihat resepinya



1. Untuk membuat Matahari, bahan-bahannya adalah bola plasma Hidrogen dan Helium raksasa. Itu saja ek. Jadi untuk membuat Matahari, kita cuma perlukan... Hidrogen. Hidrogen kan banyak di Bumi, seperti Air (H2O). Helium nanti akan tercipta dari Hidrogen.

2. Kemudian,Hidrogen yang sudah kita dapati perlu diubah dulu untuk menjadi Hidrogen yang agak berat, namanya D dan T, Deuterium dan Tritium (2H dan 3H). Deuterium kebiasaanya boleh didapati dari Air, dan Tritium dan dari batu alam (Lithium). senang je kan? (Hehe).

3. Masukan semua bahan-bahan ini ke dalam bekas bulat sebesar buah kelapa ..

4. Untuk memanaskannya, gunakan fokus tenaga daripada 192 Laser raksasa untuk memanaskan bahan-bahan ini sampai suhu yang maksimum, 100 juta darjah Celcius. kemudian tekanlah sampai berjuta kali tekanan atmosfira Bumi. Nyalakan..

5. Tunggu sebentar... (bahkan tidak sampai 1 sesaat pun),... Bummm!!@#$!

6. Jadilah Matahari Miniatur kita.

7. Selamat menikmati, lebih enak semasa masih panas.

Berkomunikasi dengan Allah: 24 jam 7 hari



Pernahkah anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah"
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan anda akan dijawab berdasarkan urutannya"

Atau...
Pernahkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat"
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,sila tunggu sampai anda tiba di sini!!

Atau...
Mungkin juga Anda mendengar ini :
"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok"

Atau...
"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!! Anda hanya perlu untuk memanggilNya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bil.. Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!! Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya.

Firman Allah bermaksud: "Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan." (Az-Zumar: 62)