Thursday, May 26, 2011


oh...i feel strictly nervous now.....huhu
only 1 day left.. berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini, ya Allah..

Thursday, May 12, 2011

anugerah



ok pada hari ini saya nak sampaikan penghargaan kepada
makhluk2 nie sebab telah membantu aku jadi burung hantu di malam hari..
untuk study( yelah sangat)
kerana pro-exam akan muncul tak lama lagi
lebih kurang 2 minggu je lagi..huhuhu

Anugerah Pembantu untuk Tahan Tidur Terbaik

tempat pertama jatuh kepada- sting


tempat kedua jatuh kepada- nescafe



dan akhir sekali tempat ketiga jatuh kepada- redbull

tahniah diucapkan kepada pemenang2..yang tak menang tu jangan sedih pulak lain kali cuba lagi..
hidup
kita sebagai roda tak kiralah roda kete ferrari ke, moto ke, skuter, ataupun kete tolak.sekejap kita ada kat atas dan dalam sekelip mata pun boleh jatuh bawah..yang kat atas tu jangan terlalu selesa dengan kejayaan anda bila 2 pun anda boleh terjatuh. dan yang berada kat bawah tu cuba lagi maybe usaha anda belum sampai ke tahap threshold level untuk anda beroleh kejayaan..jadi ingat2lah..
ingat pesanan nie..
tidak menjadi masalah berapa kali anda terjatuh
tapi yang penting berapa kali anda bangun selepas terjatuh..

nota kaki; apa yang aku merepek nie mentang2 la baru makan kerepek tadi..

Wednesday, May 4, 2011

"terbang"



"Fly"

In a moment, everything can change,
Feel the wind on your shoulder,
For a minute, all the world can wait,
Let go of your yesterday.

Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul?
Can you trust this longing?
And take control,

Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine,
Forget about the reasons why you can't in life,
And start to try, cause it's your time,
Time to fly.

All your worries, leave them somewhere else,
Find a dream you can follow,
Reach for something, when there's nothing left,
And the world's feeling hollow.

Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul?
Can you trust this longing?
And take control,

Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine,
Forget about the reasons why you can't in life,
And start to try, cause it's your time,
Time to fly.

And when you're down and feel alone,
Just want to run away,
Trust yourself and don't give up,
You know you better than anyone else,

In a moment, everything can change,
Feel the wind on your shoulder,
For a minute, all the world can wait,
Let go of yesterday,

Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine,
Forget about the reasons why you can't in life,
And start to try,
Fly
Forget about the reasons why you can't in life,
And start to try, cause it's your time,
Time to fly.

In a moment, everything can change.

- fly by hiliary duff-

nota kaki::jatuh itu adalah biasa ,bangkit itu luar biasa
mula sesuatu dengan niat yang kuat dan benar
tidak ada masalah berapa kali anda terjatuh
yang penting berapa kali anda bangkit setelah terjatuh

Monday, April 25, 2011


huhu my heart broken into pieces( ayat hiperbola hihiih...)
tak tau lah nape sedey ssangat
isu ak balik umah nie blh jadi satu problem besar sebenarnya..

ak nak lupa sebenarnya
tapi benda nie tak abis2
time nk balik aritu
dengar org pun dh cakap2 yg ak nie x pikir org lain
tapi ak blk nie ad reason ok
tolongla ak bkn saje2

maybe salah ak jugak la sbb ak x ckp sebab ape ak balik
ak bg la reason sebab ape
mak ak sakit gigi, gusi die bengkak sampai, x blh makan, cakap
mula2 ak ingat biasa2 je
bile ak balik tu baru tau agak teruk jugak rupenye

ak tersentuh sebenarnya
sebab teruk macam tu pun mak ak tak cakap apa pun
just cakap sakit biasa2 je

tengok keadaan makin teruk
so ak bawak la gi hospital
ak paksa ok
kalau ak x bawak conform2 la pegi
tahan sakit tu..

so terpaksalah ponteng kelas hari ahad tu
wah panjangnye explaination
jap ek
ok tarik panjang2, pastu hembus

tapi ari x pasal2 kene marah ngan lecturer..
ak x kisah kene marah sebab mmg salah ak sebenarnya sebab x inform kat diorg
tapikan ada satu ayat yang buat ak ssededyh sebenarnya

lecture: "lepas nie jgn buat lagi ek.. kita org dah penat membebel dah"
cara die ckp tu macam muka nie je selalu buat
helllo
nie baru first time ...ok
lagipun ak ade reason kan
bukan ak poteng kelas sebab bgn lambat ker, tido lambat ker, x jumpa baju ker nak gi kelas ke
reason ak munasabah kan
for me mak ayah ak jauh lebih penting dari apa pun kat dunia
apa gunanya ak amik medic
but useless for them
time mereka sakit nie kite dak duduk kat sebelah diorg
dan nak tolong sebanyak yang kite mampu
bile lagi kita nk berbakti kan..

pasal ponteng kelas tadi nape tak marah kat orang
yang saje2 tak datang
adekah sebab mereka best student( ape gunanya kalau attitude....)
ha teringat pulak aritu masa remedial klas
adelah seorang nie point certain org nie
and then die ckp mrk x sepatutnye pg remedial klas..
sebab mereka working hard and tneh dapat result agak tidak memuaskan
betulla ape yg die ckp tu
tapikan org lain tak working hard ker
ak rase semua working hard kot..
result dia ok tak ok bergantung kepada nasib jugak
percayalah pada takdir..

kita kene berusaha,
sama ada kejayaan ada pada pihak kita atau tidak semuanya
di tangan Allah s.w.t

ok.. cukupla setakat nie sahaja
p/s: kalau zaman dulu2 kalau sedeyh ke ape, tulis kat sehelai kertas and then bako ataupun koyak2kan. tapi sekarang tulis kat blog jelah advanced sikit.. hehhehe.. tapikan tak tau mcn mane nk bako blog nie.....










Friday, April 8, 2011

i need u now...

doraemon
di manakah anda
i need your help now
to
bring me home
dah homesick sangat nie

doraemon ak nak pinjam sekejap je.. nanti ak pulang balik pintu nie..




Wednesday, April 6, 2011



malam yang sangat membosankan,
sambil-sambil tangan menekan keyboard laptop
untuk menyiapkan mind map,
clinical examination CVS
Teringat pulak nak tulis pasal bunga ros,
sape x suka bunga ros
lagi2 ros merah
conform cair kalau tengok bunga ros mer
ah
sebenarnya
setiap warna ade maknanya yang tersirat

Ros biru
Kejujuran,menenangkan kerisauan, sebagai simbol keamanan, keterbukaan dan kedamaian dan kemuliaan

Ros putih
putih bersih, suci,‘innocence’ ,keaslian dan kegembiraan.

Ros kuning
membangkitkan rasa gembira dan penuh keselesaan dan mencerminkan sesuatu permulaan yang baru seperti kerja baru.

Ros merah
kecantikan dan keberanian

Ros kacuk warna
wah, ni yang paling cantik.. colourful.. macam kehidupan kita yang penuh dengan warna-warni. ada kegembiraan,kedukaan, kemarahan, ketidaksukaan ,kebencian dan sebagainya.

p/s apapun nk siapkan mind map ari gak..tak tahu nak tulis ape sebenarnye. huhuhu..

Monday, March 28, 2011

terpaksa

dengan ini saya nak mengumumkan
saya sangatlah marah kat si sorang nie
dahla bagi tugas tak buat
banyak alasan
ok fine

pastu
nak tukar2 pulak watak
sebabnye tak de baju
adakah salah aku kalau engkau tak de baju
kita boleh je nak cari
tak jadi masalah pun sebenarnye
kita satu group boleh je nak tolong2
cukupkan apa yang terkurang
tapi nape still ade yang nak pikir diri sendiri je.

p/s: takkan setiap kali aku je yang kene mengalah..

Saturday, March 26, 2011

macam-macam

ape ni
kata compom pegi
and then at last x pegi
ape nie cakap x serupa bikin
x suke la mcm nie
ok kalau ade hal sekalipun
inform ar kat kt org dulu
nie x bg tahu ape pun kt kt org
........................................................................................................................

nape ramai sgt yang selfish nie
x nak fikir pasal orang lain
nak fikir untuk kesenangan sendiri je
x patutlah macam tu

p/s: kite manusia biasa memang kita akan buat salah. tapi janganlah ulang bende yang sama. .. kalau kita buat seseuatu, mesti hati kita mengatakan apa yang kita buat tu salah atau betul. tanyelah hati kita, mesti dapat jawapan..

Thursday, February 17, 2011

gastrik oo gastrik



gastrik telah kembali menyerang..huhuhu sangat sakit
nak jalan pun payah
baru sekali tak makan nasi.
kalau berlapar 2,3 hari tak taulah mcm mane
macam manelah idup aku tanpa nasi
kalaulah ak dicampak ke france, london ataupun....somalia
conform x blh hidup
baru plan nak settle kat france, cari jodoh kat sane..hahaha
kene tukar plan la alamatnye
...................................................................................................................
sebelum nie tak terlintas pun nak cari kat internet pasal gastrik nie.. tgh2 sakit nie try search jap.
utk panduan bersama..

Tanda-tanda penyakit gastrik
  • sakit perut yang teramat sangat(atas perut atau abdomen)
  • rasa senak berangin atau pedih
  • hilang selera makan
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi
  • .Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu
  3. . Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  4. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  5. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, air limau
  6. jangan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas.
  8. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  9. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi setiap hari sehingga benar-benar sembuh..

p/s :petua orang2 tua dahulu kalau sakit perut sangat ambil sehelai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit dan ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tumbukkan ketiga-tiga bahan tadi sampai lumat pastu gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.insyaAllah berkesan...

Monday, February 14, 2011


Sesungguhnya, telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu, (iaitu) orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah (dalam masa susah dan senang).

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam ayat 21 surah Al Ahzab di atas memperjelas bahawa Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam adalah contoh manusia terbaik untuk menjadi ikutan bagi seluruh kaum manusia.

Kita tak mencontohi keseluruhan hidup Nabi Isa ‘Alaihissalam, namun hanya boleh mencontohinya sebagai pemuda yang menjalani kehidupan di dunia dengan penuh zuhud. tetapi boleh tak kita mencontohinya sebagai sebagai orang yang telah berkahwin? semestinya tak sebab Nabi Isa tidak bernikah .

Kita tak mencontohi kehidupan Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam. Kita hanya mampu mencontohinya sebagai seorang hakim yang kaya-raya lagi bersyukur serta jujur. tapi boleh kita mencontohinya sebagai seorang yang sabar dengan kemiskinan? semestilah tak,sebab baginda seorang yang kaya -raya.

Tetapi siapa yang kaya, miskin, kuat dan lemah? Siapa yang menjadi hakim dan didakwa? Siapa yang menjadi ayah dan datuk? Siapa yang bujang dan telah berkahwin punyai isteri serta anak? Dialah Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam .

Kita dapat mengetahui segalanya dari Nabi Muhammad Sallalllahu’alaihi wa sallam sebab kesemua pakej lengkap perjalanan seorang manusia dan seorang pejuang kebenaran ada pada Muhammad bin Abdullah yang satu ini.



Kalau kecintaan pada nabi itu diukur pada majlis sambutannya, maka abu lahab lah yang paling layak di kira pemenang.
Serlahlah kecintaan pada manusia agung ini pada setiap masa, fahami asas perjuanganya dan serlahkan amalan sunnahnya.Barulah benar kita mencintainya. Moga di syurga kita bersamanya. Amin



Friday, February 11, 2011

Bunga ros merah



Rase macam fikiran bercelaru sangat..
lagi2 time nie tgh blaja pasal otak, semakin bercelaru fikiranku jadikanye
sebenarnya aku nakkan jawapan
sama ada layakkah aku memakai stetoskop nie dalam mase 3 tahun nanti
entah tiba2 aku rase aku tersalah langkah
kalau la diputarkan balik mase nie comform aku takkan ambik medik
dan ini pertama kali aku rasa decision yang aku buat nie salah..
aku rase capek dengan 2 bulan lagi nak pro examnye..
tapi time2 aku mengalami kecelaruan nielah ade yang nak memuji..
contohnye
" aini kamu nie bes student.
dari muka awak dah tahu awak nak membantu orang."
kata2 daripada prof zab a.k.a. mentor yang disayangi..
kembang aku jadinye walaupun bukan bes student sebab result pun porak peranda..
yelah ade orang puji.

respons bile dengar ayat nie.
Beginilah ak tersnyum


aku senyum tersipu-sipu malu..balik bilik terus tengok cermin betul ke boleh nampak dari air muka aku nie mcm nak tolong orang..tapi malangnye aku tak nampak ape-ape..
tapi betullah tu niat untuk tolong orang tu dah ade....

terima kasih kepada ayah dan emak yang memberi sokongan dan nasihat di saat aku memerlukan..saya sayang emak dan ayah..tetiba rase nak balik rumah..huhuhu..

kesimpulanye modul cns nie sangat susah..membuatkan aku terfikir bukan-bukan..

Sgt suka bunga ros merah nie. Hati jadi tenang je bile tengok.