Monday, June 21, 2010

susah senang si kidal

Apa itu kidal?

Kidal ialah apabila seseorang itu cenderung menggunakan tangan kiri berbanding tangan.Apa menyebabkan seseorang itu lebih cenderung menggunakan tangan kanan atau kiri? Kecenderungan penggunaan tangan ditentukan oleh otak. orang kidal lebih dominan kepada otak kanan.

Bagi yang tak tahu, otak kita berfungsi secara songsang yang mana jika kita dominan pada otak kiri, maka kita cenderung menggunakan tangan kanan. Tapi jika kita
dominan kepada otak kanan, kita akan cenderung menggunakan tangan kiri.


Info yang semua orang harus tahu,Secara purata 85 peratus penduduk dunia adalah individu kanan dan hanya 15 peratus kidal termasuklah aku.macam unik kan. Kajian mendapati lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan..


Kidal bukan disebabkan keturunan walaupun ada kajian mengatakan ia ada kaitan dengan genetik. Biasanya dalam sesebuah keluarga hanya ada seorang yang kidal. tapi lain pulak ngan aku adek aku pun kidal jugak


Kepercayaan Cina kuno mentafsirkan kiri sebagai tidak baik, tidak sopan atau tidak boleh diterima langsung. Di kalangan penduduk Norway, hasil kerja individu kidal dikelaskan sebagai ‘kerja yang tidak sempurna’ dan perkataan ‘keivhendt’ atau kiri membawa maksud salah tangan.


Pada kebanyakan bahasa di Eropah, perkataan ‘kanan’ bukan saja bermakna ‘betul’ tetapi ia juga menandakan kecantikan, keadilan dan kekuasaan.


Malah mengikut sejarah, individu kanan dianggap mahir manakala individu kidal pula dilabel sebagai kelam kabut. Perkataan Latin ‘sinestra’ yang asalnya bermakna kiri juga membawa maksud ‘jahat dan tidak bernasib baik’.


susahnya jadi si kidal ni

Time kecik- kecik dulu, tangan memang selalu kene diketuk dengan cikgu kerana bukan saja kertas, malah tangan juga menjadi comot kerana apabila menulis, tangan terkena pada tulisan.

Malah, pandangan terhadap apa yang ditulis juga terhalang oleh tangan. Masalah ini tidak dihadapi individu kanan kerana kita menulis dari kiri ke kanan dan tangan tidak terkena pada tulisan.masa tulis pulak tangan tu Pelik sikit sebab bila menulis tangan mesti senget lain macam. . Hehe.. Nak senang tengok je gambar kat bawah ni.




Time makan. Kalau makan pakai tangan sah-sah la akan pakai tangan kanan. Tapi bila part makan guna sudu tu yang kadang-kadang payah sikit. Macam orang cacat je aku pengang sudu guna tangan kanan. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)


Terpaksa menggunakan alat-alat yang dicipta untuk orang-orang yang normal sahaja Kadangkala kena terbalikkan cara penggunaan, baru boleh guna, itu pun dengan kelajuan yang sangat perlahan..contohnya betapa payah nya nak mengupas kulit kentang guna alat pengupas kulit itu? Dah berapa kali kene kupas tangan sendiri bila guna benda tu.


Tengok pin tudung lawa-lawa berjurai-jurai memang aku suka. Tapi time nak pakai ya ampun punyalah susah, terkial-kial. Sebab pe? Sebab kalau aku pakai, yang berjurai tu akan jadi ke atas. Pasal pe? . Yang pasti, aku pakai pin guna tangan kiri, cucuk dari sebelah kiri, jadi benda tu akan jadi terbalik. Tak caya? Try la. Nak bagi kedudukan dia betul boleh je, guna tangan kanan,tapi agak payah la bagi aku yang kidal ni..hehe.. Kesian kan..


Seterusnya, penggunaan meja berserta kerusi di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, terpaksalah penulis mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal penulis dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.






Mengapa individu kidal sering dilabel sebagai kelam kabut? Mungkin ramai tidak sedar, mereka sebenarnya menghadapi masalah menggunakan peralatan yang sememangnya direka untuk kegunaan tangan kanan contohnya semasa
  • Menggunakan pengasah pensil (kerana kedudukan mata pisau)
  • Membuka pintu khususnya jika tombol pintu berbentuk tangkai
  • Menggunakan alat pembuka tin dan botol
  • Menggunakan pembaris
  • Garpu yang ada mata pisau (garpu kecil biasanya digunakan untuk sajian manisan)

Memang ada banyak masalah lain, tetapi kami belajar untuk lebih banyak menggunakan tangan kanan dan peralatan yang kebanyakannya direka bagi kegunaan individu kanan.

Walaupun menghadapi beberapa masalah, individu kidal sebenarnya ada kelebihan apabila mereka terpaksa menggunakan tangan dalam banyak pekerjaan seharian. Malah, secara umumnya individu kidal ada kemahiran dan kecenderungan lebih tinggi dalam seni dan bahasa.


SATU lagi, si kidal kalau ditugaskan menyiang ikan, sememangnya pembersih. Tak percaya?? selalunya penulis akan memegang ikan dengan tangan kanan dan pisau di tangan kiri. Kira pembersih laa tuh sebab memegang makanan dengan tangan kanan. Hehehe!!!

Menariknya, si kidal diraikan di seluruh dunia setiap tahun pada tanggal 13 Ogos. tak payah ikut barat ni punnye.

Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:

· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:

· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Adaptability:
.Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza.
. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya

Peperangan

· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

-Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

-Saidina Umar Al-Khattab

-Julius Caesar,

-Alexander the Great,

-Leonardo Da Vinci
Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan tulisannya





1 comments:

nurajeerah said...

saya bangga saya kidal!! :D

Post a Comment