Monday, February 14, 2011


Sesungguhnya, telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu, (iaitu) orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah (dalam masa susah dan senang).

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam ayat 21 surah Al Ahzab di atas memperjelas bahawa Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam adalah contoh manusia terbaik untuk menjadi ikutan bagi seluruh kaum manusia.

Kita tak mencontohi keseluruhan hidup Nabi Isa ‘Alaihissalam, namun hanya boleh mencontohinya sebagai pemuda yang menjalani kehidupan di dunia dengan penuh zuhud. tetapi boleh tak kita mencontohinya sebagai sebagai orang yang telah berkahwin? semestinya tak sebab Nabi Isa tidak bernikah .

Kita tak mencontohi kehidupan Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam. Kita hanya mampu mencontohinya sebagai seorang hakim yang kaya-raya lagi bersyukur serta jujur. tapi boleh kita mencontohinya sebagai seorang yang sabar dengan kemiskinan? semestilah tak,sebab baginda seorang yang kaya -raya.

Tetapi siapa yang kaya, miskin, kuat dan lemah? Siapa yang menjadi hakim dan didakwa? Siapa yang menjadi ayah dan datuk? Siapa yang bujang dan telah berkahwin punyai isteri serta anak? Dialah Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam .

Kita dapat mengetahui segalanya dari Nabi Muhammad Sallalllahu’alaihi wa sallam sebab kesemua pakej lengkap perjalanan seorang manusia dan seorang pejuang kebenaran ada pada Muhammad bin Abdullah yang satu ini.



Kalau kecintaan pada nabi itu diukur pada majlis sambutannya, maka abu lahab lah yang paling layak di kira pemenang.
Serlahlah kecintaan pada manusia agung ini pada setiap masa, fahami asas perjuanganya dan serlahkan amalan sunnahnya.Barulah benar kita mencintainya. Moga di syurga kita bersamanya. Amin



0 comments:

Post a Comment